Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Georgetown dilanda banjir

myMetro | Georgetown dilanda banjir:

GEORGETOWN: Ribuan pekerja dan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan luar biasa apabila beberapa laluan utama sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi, semalam.
Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan paling teruk dilanda adalah sekitar Jalan Sungai Pinang dan Jalan P Ramlee hingga hampir menenggelamkan perkampungan di kawasan rendah.

Sementara itu, di Jalan Perak, tekanan air kuat menyebabkan permukaan jalan rosak dan berlubang selain beberapa pokok tumbang.
Seorang kerani swasta, Norsaadiah Mat, 23, berkata dia yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa berpatah balik selepas motosikalnya mengalami kerosakan.

“Ketika itu saya berada di Jalan Perak dan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Tikus tetapi selepas 10 minit meredah banjir, motosikal rosak selepas terperangkap dalam air,” katanya.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar raya ini mengalami kesesakan teruk.
Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata, hujan lebat sejak jam 4 pagi menyebabkan air naik satu meter pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, antara kawasan dilanda banjir kilat itu adalah Jalan P Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Petani.
Katanya, bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan kerana keadaan terkawal, tetapi jika keadaan buruk, pihaknya sudah bersiap sedia dan mereka terjejas dipindahkan ke tempat selamat.

“Kami sudah menempatkan anggota di kawasan dilanda banjir dan jika keadaan buruk kita akan segera memindahkan mangsa ke kawasan selamat,” katanya.

Seorang mangsa, Saiful Abdul Wahab, 24, yang tinggal di Sungai Pinang berkata, sudah lama kawasan itu tidak dilanda banjir dan nasib baik dia sudah bersedia dan memindahkan barang berharga lebih awal.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment