Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

‘Emak sering cakap soal mati’

myMetro | ‘Emak sering cakap soal mati’:

MARANG: “Ibu kerap bercakap pasal mati ketika berbual dengan adik bongsu semalam (kelmarin) dan saya tidak menyangka itu petanda dia mahu meninggalkan kami,” kata Norhaslinda Manan, 26, anak kepada Minah Abdullah, 61, yang maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Kampung Kelulut, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.23 tengah hari itu, warga emas, Minah Abdullah, 61, dari Taman Bukit Chatak, Dungun, yang juga penumpang hadapan Honda Jazz dan pemandu Proton Wira, Mohamad Mahyudin Yahya, 23, dari Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama anak perempuannya, Nurzura Manan, 30, dan cucunya, Mohd Wafi Zakuan Sabarudin, 3, dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga mereka, manakala pemandu Proton Wira yang bekerja sebagai penyelia Al-Ikhsan di Mesra Mall, Kerteh, Kemaman, dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Anak kelima daripada enam beradik ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam berkata, ibunya parah di belakang leher dan meninggal dunia beberapa minit selepas kemalangan.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah dan sebak apabila dimaklumkan kemalangan menimpa keluarga sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Kakak dan anak saudara turut cedera dalam kemalangan itu dan kini masih dalam rawatan,” katanya ketika bersama keluarga menuntut jenazah ibunya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment