Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Denda RM800 ceroboh rumah

Denda RM800 ceroboh rumah - Melaka & NS - Sinar Harian:
AYER KEROH - Akibat menceroboh masuk rumah pemilik rumah sewanya, seorang pengawal keselamatan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Abdul Hadi Govalkrishnan, 32, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu mengugut isteri pemilik rumah berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Abdul Hadi didapati menceroboh rumah milik Mohamed Ali Jinnah Habib Mohamed, 66, di Jalan Temenggong, Banda Kaba, kira-kira jam 2.30 petang pada 22 Mei 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Hadi didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Baseer Unnisha Begam pada tarikh, masa dan di lokasi sama.

Abdul Hadi dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang mempunyai isteri dan anak, ketika rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman sebelum Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Muhamad Juhari juga memohon mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 bagi pertuduhan kedua.

Majistret Ida Rahayu Sharif menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara lapan hari terhadap tertuduh dan membenarkannya diikat jamin RM1,500.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Julai depan.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment