Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Buru warga Singapura minta bayar saman

Buru warga Singapura minta bayar saman - Johor - Sinar Harian:

Polis Trafi k ketika menjalankan Ops Warta Singapura.
Polis Trafi k ketika menjalankan Ops Warta Singapura.
JOHOR BAHRU - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini sedang giat mengesan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang masih belum menjelaskan tunggakan saman dimiliki menerusi Ops Warta Singapura, sejak tiga minggu lalu.

Ketua Polis Trafik Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong berkata, sejak tahun 2005, sebanyak empat juta saman yang dikeluarkan oleh PDRM ke atas kenderaan bernombor pendaftaran Singapura masih belum dijelaskan.

Menurutnya, Ops Warta Singapura diadakan bagi menggalakkan rakyat dari negara seberang tambak itu tampil membayar tunggakan saman dimiliki. “Masalah yang kita dapati terhadap kenderaan bernombor pendaftaran Singapura ini, mereka memiliki saman, namun tidak mahu membayar.

“Ada yang tidak membuat semakan saman malah tidak semua hadir ke kaunter di Ibu Pejabat Trafik Johor Bahru  Selatan.

“Oleh itu, Ops Warta Singapura diadakan khususnya di negeri ini untuk menjejaki rakyat Singapura yang memiliki saman, seterusnya menahan mereka seterusnya meminta mereka membayar atau berdepan tindakan undang-undang lebih ketat,” katanya di sini, semalam.

Ooi berkata, sebanyak  38,000 jumlah saman ke atas kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sudah dijelaskan sejak minggu pertama ops berkenaan dilaksanakan, sekitar pertengahan bulan lalu.

“Minggu kedua mendapati sebanyak 29,000 saman dibayar oleh pemilik kenderaan masing-masing. Ada di antara mereka memiliki 30 saman ke atas kenderaan. “Operasi ini akan diteruskan pada minggu hadapan dan dari masa ke  emasa.   ita mahu mereka mematuhi undang- undang dan peraturan di Malaysia,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment