Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Banjir, tanah runtuh di British Columbia

SICAMOUS, British Columbia 26 Jun - Seorang lelaki dilaporkan maut, sementara 700 penduduk di seluruh wilayah ini dipindahkan selepas berlakunya hujan lebat dan banjir hujung minggu lalu.
Lebih 1,000 penduduk di British Columbia juga diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kejadian tersebut.
Kejadian itu berlaku selepas pencairan salji dan hujan sejak tiga minggu lalu yang menyebabkan paras sungai meningkat di Interior, British Columbia dan wilayah Kootenay serta Lembah Fraser.
Beberapa lebuh raya turut terputus hubungan akibat dinaiki air.
Kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk di Two Mile, luar Sicamous, British Columbia.
Laman web Lebuhraya British Columbia memberi amaran meminta pemandu merancang perjalanan mereka kerana ia mungkin memakan masa sehingga 10 jam selain mencari laluan alternatif.
Jabatan Alam Sekitar bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran hujan lebat untuk British Columbia.
Peningkatan paras sungai atau banjir juga dijangka berlaku dengan pantas di beberapa kawasan dalam tempoh beberapa hari ini.
Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 72 tahun dihanyutkan arus deras apabila paras sungai meningkat di Castlegar tiga hari lalu.
Kira-kira 300 penduduk di dua kawasan di selatan Sicamous turut berpindah apabila air sungai berdekatan rumah mereka melimpah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment