Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

‘Ayah berat hati ke sana’

myMetro | ‘Ayah berat hati ke sana’: "KUALA LUMPUR: “Ayah berat hati nak ke sana (Mandailing Natal, Sumatera Utara) kerana beliau baru saja ke sana Disember lalu,” kata Faezah Zaidun, 37, anak ketiga Zaidun Mohd Basir, 68, mangsa nahas kemalangan maut di Medan, Sumatera Utara, Indonesia pagi kelmarin.

Dalam kemalangan itu, lapan terkorban termasuk Zaidun dan adiknya, Zulkifli Mohd Basir apabila bas mini mereka naiki ketika dalam perjalanan pulang ke Medan dari Mandailing Natal terjunam ke dalam gaung sedalam 150 meter di tepi Danau Toba.


Beliau berkata, dia sekeluarga mengetahui berita kematian ayah dan bapa saudaranya pada jam 12 tengah hari kelmarin, selepas dihubungi saudaranya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment