Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Anak, suami masih di Lombok

Anak, suami masih di Lombok - Utara - Sinar Harian:
BALING - “Saya teringatkan anak saya. Saya harap, anak dan suami saya dapat pulang ke Malaysia seterusnya membina hidup baru di sini,” kata Suriani Abdul Wahab, 21, yang  baru saja pulang ke pangkuan keluarganya di Padang   Pelam, Baling setelah empat tahun menetap di Lombok, Indonesia.

Hasil perkongsian hidup bersamanya suaminya yang dikenali sebagai Madon, Suriani dikurniakan seorang anak  perempuan yang telah mencecah usia empat tahun. 

Walau bagaimanapun, anak keempat daripada enam beradik itu tekad untuk tinggal bersama ahli keluarganya di sini berikutan terlalu merindui ahli keluarganya.

“Kini, saya sedar bagaimana perasaan seorang ibu yang ditinggalkan anaknya. Disebabkan itu, saya memilih untuk tinggal bersama keluarga di sini.

“Namun begitu, saya amat berharap suami dan anak dapat pulang ke Malaysia seterusnya  membina hidup baru di samping ahli keluarga saya,” katanya  ketika ditemui semasa majlis kenduri kesyukuran kepulangannya, semalam. 

Ditanya sebab dia nekad melarikan diri ke Lombok, Suriani berkata, jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan. “Mungkin ada hikmah di sebalik  apa berlaku. Lagipun,  saya telah menjadi isteri yang sah kepada suami malah mempunyai seorang anak.

“Selain itu, suami dan keluarganya  memberikan layanan baik pada saya sepanjang saya di Lombok,” katanya. Suriani berkata, dia tidak  lagi mampu berpisah dengan ahli keluarganya setelah empat  ahun berada di negara orang.

Menurutnya, pengalaman  berada di negara luar banyak mengajarnya mengenai erti hidup dan dia telah meminta maaf kepada  ibu dan bapanya kerana tindakannya sebelum ini. Katanya lagi, dia dan  suaminya menjalankan perniagaan mencari batu permata di Lombok bagi menampung kehidupannya bersama keluarga. “Alhamdulillah, suami seorang yang  bertanggungjawab dan tidak pernah mengabaikan saya selama ini.

Selain itu, menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang isteri untuk mentaati suami. “Namun begitu, saya berharap suami dapat menunaikan permintaan saya untuk menetap bersama ahli keluarga saya di sini,” katanya. Sebelum ini, ibunya, Siti Zalekho Wahab, 50, berharap mana-mana pihak dapat membantu membawa pulang anaknya yang melarikan diri bersama teman lelakinya ke Lombok  empat tahun lalu. 

Keadaan itu mengakibatkan Siti Zalekho dan keluarganya berada dalam keadaan risau dan sedih akan keselamatan anak gadis mereka itu. Sepanjang empat tahun di Lombok, Suriani hanya menggunakan telefon untuk berhubungan dengan ahli keluarganya di Malaysia.

Berikutan tidak mempunyai dokumen lengkap Suriani tidak dapat pulang ke Malaysia selain berhadapan dengan masalah kewangan.

Keadaan itu mendapat perhatian Kelab Putera 1Malaysia yang berusaha   membawa Suriani ke pangkuan ahli keluarganya.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment