Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Ajal mangsa kemalangan Kampung Tualang Manir

Ajal mangsa kemalangan Kampung Tualang Manir - Terengganu - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU - Setelah hampir 24 jam bertarung nyawa, seorang pemuda akhirnya menemui ajal, semalam setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Tualang Manir, tengah hari kelmarin.

Mangsa, Anuar Abu Bakar, 37, dari Kampung Banggol Raja Manir, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Berdasarkan laporan awal kita, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego, dikatakan membelok ke sebelah kanan jalan secara tiba-tiba.

“Pada masa yang sama, seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan dari Kampung Paloh menuju ke Serada, berada di belakangnya. Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Penunggang motosikal itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah, kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari semalam, akibat kecederaan parah di kepala.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment