Search This Blog

Saturday, June 9, 2012

72 enjin curi di bawah besi terpakai




TUN HISAN (tengah) melihat sebahagian enjin kenderaan curi yang ditemui di sebuah premis barangan lusuh di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Polis menyerbu sebuah premis barangan lusuh di Jalan Maju 1/1, Taman Maju Jaya di sini yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan komponen berpuluh-puluh kenderaan curi.
Kesemua barangan termasuk 72 enjin kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu dikesan disembunyikan di bawah longgokan sampah sarap dan barangan besi terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kegiatan haram premis barangan lusuh itu terbongkar hasil tangkapan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dikesan melarikan sebuah kereta jenis Mazda 626 yang dilaporkan hilang di Taman Kinrara, Puchong pada 1 Jun lalu.
“Susulan daripada kes tersebut, polis menerima maklumat tentang sebuah premis barangan lusuh yang di dalamnya tersimpan pelbagai komponen barangan curi yang telah dileraikan.
“Serbuan polis di premis itu pada 2 Jun lalu menemui 72 enjin dan pelbagai rangka kenderaan yang disembunyikan di bawah timbunan sampah dan besi, malah alat magnet terpaksa digunakan untuk menarik keluar enjin curi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di premis barangan lusuh itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment