Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

68 rumah termasuk 3 sekolah rosak dilanda ribut

KUALA LIPIS - Sebanyak 68 buah rumah termasuk tiga buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Padang Tengku rosak akibat dilanda ribut malam kelmarin.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamed berkata sebahagian besar rumah rosak pada bahagian atap dan dinding diterbangkan angin.

"Kejadian berlaku pukul 8.30 malam selama kira kira 15 minit membabitkan Kampung Kecau Tui, Ladang Selborne, Perumahan Banjir Padang Tengku, Taman Cempaka, Kampong Baru Cina, Telemin, Kampung Gua, Pasir Sia, Bukit Nering, Tanjung Jambu dan Berchang.

"Tiga sekolah yang rosak itu ialah Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Padang Tengku, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Ladang Selborne," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata kerugian sebenar belum ditaksirkan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Lipis sedang menjalankan siasatan dengan bantuan segera telah diberi kepada kira- kira 80 keluarga terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan mengesahkan pihaknya menerima 65 laporan kejadian ribut tanpa sebarang kemalangan atau kecederaan.
Seorang suri rumah, Rosmadiah Sabu, 34, yang baru 10 hari melahirkan bayi berkata kejadian berlaku semasa beliau sedang berehat bersama keluarga.

“Saya terperanjat apabila bumbung atap rumah tiba-tiba terkopak dan diterbangkan angin kuat. Bayi saya bagaimanapun terselamat," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment