Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

4 lelaki dituduh cuba rasuah saksi kes kaunselor cabul remaja

NEW YORK: Seramai empat lelaki dituduh cuba merasuah saksi dalam percubaan menghalang mereka memberi keterangan terhadap seorang kaunselor Yahudi Ortodoks yang didakwa mencabul remaja bandar raya ini selama beberapa tahun.
Keempat-empat lelaki terbabit mengaku tidak bersalah semalam atas dakwaan itu termasuk mengancam dan memaksa saksi.

Pendakwa raya berkata, empat lelaki itu menawarkan wang kepada saksi dan meminta mereka meninggalkan negara berkenaan dan tidak memberi keterangan terhadap kes Nechemya Weberman. Weberman, 53, tidak mengaku bersalah atas dakwaan penderaan seks itu. Pendakwa raya berkata, dia mencabul remaja perempuan dari Brooklyn ketika mangsa berusia 12 hingga 15 tahun. Mereka berkata, suspek sepatutnya memberi kaunseling kepada mangsa mengenai agama Yahudi Ortodoks mereka.
Peguam bela empat lelaki terbabit berkata, mereka menafikan dakwaan itu. - AP

No comments:

Post a Comment