Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

3,000 imej perusuh London dimuat naik ke telefon pintar

LONDON: Hampir 3,000 imej dimuat naik ke aplikasi telefon pintar oleh polis dan orang awam diminta mengenal pasti mereka dalam usaha pihak berkuasa mengesan perusuh di London tahun lalu.
Polis Metropolitan menyebar 2,880 imej perusuh yang dirakam melalui kamera litar tertutup sekitar London dan orang awam boleh menghantar maklumat mengenai suspek secara rahsia. Pegawai polis London berkata, penduduk kota raya itu diminta menyemak imej berkenaan setiap minggu atau setiap kali ada imej baru dimuat naik.

“Inilah cara penduduk London membantu polis memerangi jenayah,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment