Search This Blog

Saturday, June 16, 2012

30 pekerja binaan tinggal sehelai sepinggang

GEORGE TOWN - Seramai 30 pekerja binaan warga Indonesia tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kongsi yang didiami mereka musnah dijilat api di Taman Alor Vista, Relau di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi, Ahmad Hafiz Sulaiman berkata kebakaran pada 1.30 pagi itu memusnahkan 15 rumah kongsi dan lima rumah kontena yang dihuni pekerja asing berkenaan.
 
"Struktur rumah kongsi yang diperbuat daripada papan dan jaraknya yang berdekatan antara satu sama lain menyebabkan api merebak begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun bomba sempat menyelamatkan seorang bayi berusia dua hari yang terperangkap dalam salah sebuah rumah kongsi terbabit dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Hafiz berkata lima jentera bomba bersama 68 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment