Search This Blog

Saturday, June 16, 2012

3 pemimpin PKR dakwa diugut disimbah asid




         
KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut disimbah dengan asid melalui SMS dipercayai dilakukan individu yang kurang senang dengan kenyataan mereka yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil, semalam.

Semua mereka dikatakan menerima SMS ugutan itu, kira-kira jam 10 pagi jika terus mencabar individu berkenaan untuk berdebat.


Mereka ialah Naib Presiden PKR, N Surendran; Ketua Cabang PKR Puchong, S Murali dan setiausahanya, S Gobi Krishnan.

Surendran berkata, ugutan itu dipercayai dibuat berikutan laporan akhbar berkenaan semalam yang mencabar individu berkenaan berdebat.


Mereka tampil membuat laporan kira-kira jam 3 petang di Balai Polis Travers, dekat sini sambil diiringi Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Nurul Izzah Anwar.

No comments:

Post a Comment