Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

3 maut nahas van sekolah, trak pikap

Berita Harian Online | 3 maut nahas van sekolah, trak pikap: "ANSLEY (Nebraska): Seorang pemandu dan dua penumpang maut susulan nahas yang membabitkan van sekolah dan trak pikap di wilayah pendalaman Nebraska, hari ini.

Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya 2, barat Ansley, sebuah bandar kecil kira-kira 257 kilometer di barat Lincoln.
Ketua Peronda Negeri Nebraska, Kapten Jim Parish, berkata kedua-dua pemandu dan penumpang di dalam van itu terbunuh.
Katanya, kemalangan berlaku apabila trak pikap melintasi garisan tengah dan melanggar van sekolah itu.

Bagaimanapun, sembilan lagi penumpang van iaitu pelajar hanya mengalami luka ringan. - AP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment