Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

1,191 komputer dirampas

1,191 komputer dirampas - Pahang - Sinar Harian:

1,191 komputer dirampas
Mohd Jasmani (kanan) bersama pemangku timbalannya, Deputi Superintendan Azmi Jaafar (tengah) dan Pegawai D7, Inspektor Joshua Masing melihat sebahagian daripada set komputer yan
KUANTAN - Sebanyak 1,191 set komputer dianggarkan bernilai RM1.1 juta dirampas hasil 113 serbuan ke atas pusat Internet berlesen sekitar Kuantan yang dikesan menjalankan kegiatan judi Internet sepanjang Mac hingga Mei tahun ini.

Daripada siri serbuan itu, seramai 617 individu termasuk penjaga premis dan pelanggan berusia antara 18 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, beliau kesal kerana kebanyakan premis yang diserbu dikesan melakukan kesalahan berulang, malah ada yang pernah dikenakan tindakan beberapa kali sebelum ini.

Menurutnya, dalang kegiatan itu juga agak licik apabila menggunakan pelbagai taktik bagi melindungi kegiatan mereka termasuk menggunakan khidmat tonto, pengawasan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, hasil maklumat awam dan pemantauan berterusan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPD ini, kegiatan tersebut berjaya dikesan dan diserbu sehingga membawa kepada tangkapan dan rampasan,” katanya dalam sidang media, di sini, petang semalam.

Mohd Jasmani berkata, semua premis yang terlibat diambil tindakan termasuk merampas set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian Internet, pembatalan lesen, pemotongan bekalan elektrik dan air, manakala penjaga
akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi terbuka 1960.

“Tindakan itu diambil selepas polis menulis surat kepada agensi terlibat termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Air Pahang (Paip) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Pahang untuk mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada sebahagian daripada premis yang diserbu bertindak berani apabila menjalankan kegiatan tersebut secara terangan tanpa sebarang lesen.

“Anggota kita juga ada kaedah tersendiri untuk mengekang kegiatan ini walaupun selicik mana mereka berselindung,” katanya.

Menurutnya, pihak polis memandang serius kegiatan itu kerana kewujudannya menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah termasuk pecah rumah dan sebagainya di daerah ini.

“Kita sangat berharap ibu bapa memantau anak masing- masing supaya tidak terlibat dalam kegiatan ini atau berada di dalam premis siber yang menyediakan permainan berunsurkan perjudian.

“Sama ada mereka bermain atau tidak, pelanggan yang berada dalam premis boleh dikenakan tindakan atau ditahan untuk siasatan,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment