Search This Blog

Sunday, May 20, 2012

Wartawan maut selepas diculik

Berita Harian Online | Wartawan maut selepas diculik:
GAMBAR kecil menunjukkan wajah Avila dan kenderaannya (kanan).
GAMBAR kecil menunjukkan wajah Avila dan kenderaannya (kanan).



Mangsa diserbu ketika menunggu kereta dicuci 

BANDAR MEXICO CITY: Mayat wartawan Mexico yang didera dijumpai di tepi jalan di utara negeri Sonora, kelmarin, sehari selepas beliau diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika beliau sedang menunggu keretanya dicuci, kata pihak berkuasa.Mayat Marco Antonio Avila Garcia ditemui dalam beg plastik hitam berdekatan bandar Empalme kira-kira 110 kilometer selatan Ciudad Obregon, di mana beliau diculik, kata jurucakap pendakwa negeri Sonora, Jose Larrinaga.
Larrinaga berkata polis turut menemui mesej dari sindiket dadah tetapi beliau tidak mendedahkan kandungan pesanan itu. 

Wartawan berusia 39 tahun itu sering menulis mengenai jenayah terancang dengan akhbar Diario Sonora de la Tarde dan El Regional of Ciudad Obregon, kata Larrinaga. 

Avila diculik dan diheret masuk ke dalam sebuah pikap pada Khamis oleh tiga lelaki bertopeng semasa beliau menunggu keretanya dicuci di kedai mencuci kenderaan di Ciudad Obregon. 

Pengarah akhbar, Eduardo Flores, memberitahu agensi berita bahawa Avila menulis mengenai pengedaran dadah tetapi tidak pernah mengumumkan nama sindiket atau menjalankan penyiasatan. 
“Dia menulis mengenai pengedaran dadah tetapi tidak dibenarkan membuat liputan yang dianggap agresif oleh kumpulan penjenayah,” kata Flores. 

Flores berkata, Avila adalah wartawan jenayah paling berpengalaman di kalangan rakan sekerjanya. Wartawan itu tidak pernah menyebut mengenai ancaman yang diterima atau takut untuk membuat liputan dalam bidang jenayah. 

Malah, akhbar itu dan wartawannya juga tidak menerima sebarang ugutan. Avila sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata yang masih kecil. 

Dia bekerja di sebelah malam dan pada siang hari menghabiskan masa belajar di universiti. Baru-baru ini, dia menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam jurusan kimia, kata Flores. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mexico menjadi negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan dengan pekerja media menjadi sasaran kerana kerajaan memerangi sindiket dadah dan persaingan antara kumpulan jenayah yang mengakibatkan puluhan ribu pembunuhan, penculikan dan peras ugut. 

Minggu lalu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pejabat akhbar El Manana di bandar sempadan Nuevo Laredo. Minggu sebelumnya, polis menemui mayat tiga jurugambar yang dicacatkan dalam beg plastik yang dicampakkan di terusan bandar teluk, Veracruz. 

Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Nasional Mexico berkata 81 wartawan dibunuh antara 2000 dan 2012. Selain mereka, 14 lagi wartawan dilaporkan hilang. 

Suruhanjaya itu berkata, pihaknya sudah membuka siasatan kematian Rene Orta Salgado, seorang wartawan yang berhenti bekerja untuk akhbar El Sol de Cuernavaca di bandar peranginan Cuernavaca pada Januari. 

Polis menemui mayat Orta dalam but keretanya pada Ahad lalu. Dia dipercayai mati dicekik. - AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment