Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Wajah kuning

myMetro | Wajah kuning:


SIASAT...anggota polis memeriksa mayat Tan  dijumpai mati akibat serangan jantung  dalam sebuah kereta di Seksyen 15, di sini, semalam.
SIASAT...anggota polis memeriksa mayat Tan dijumpai mati akibat serangan jantung dalam sebuah kereta di Seksyen 15, di sini, semalam.
SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai alat ganti kereta baru selesai bersarapan pagi terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang pada mula disangkakan sedang tidur di hadapan kedainya, di Seksyen 15, di sini, semalam.
Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, selepas menikmati sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi di gerai berhampiran dia ingin membuka kedai majikannya namun hairan selepas melihat kelibat seorang lelaki ‘tidur’ di dalam kenderaan depan kedai itu.
Katanya, selepas selesai membuka kedai majikannya, dia tertanya-tanya kerana lelaki berkenaan masih tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum dia menghampiri kenderaan mangsa.

“Saya kemudian mengetuk pintu kenderaan dan memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.

“Selepas saya perhatikan beberapa ketika, jelas kelihatan mangsa tidak bernafas selain mukanya kelihatan kekuningan,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.

No comments:

Post a Comment