Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Suspek ketujuh kes culik Nayati direman 14 hari

myMetro | Suspek ketujuh kes culik Nayati direman 14 hari:


KUALA LUMPUR: Suspek ketujuh kes culik kanak-kanak Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang dicekup di Banting, Selangor kelmarin ditahan reman selama 14 hari bermula semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berusia 24 tahun dan berasal dari Cheras itu ditahan reman sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes penculikan Nayati.



Menurutnya, lelaki berkenaan adalah suspek ketujuh daripada lapan orang yang dipercayai terbabit dalam kes culik Nayati, yang dilarikan pada 27 April lalu sebelum dibebaskan pada 3 Mei lalu selepas keluarga mangsa membayar wang tebusan bernilai ratusan ribu ringgit.




“Polis bagaimanapun tidak menemui wang tebusan daripada suspek itu ketika tangkapan dibuat pada jam 1.25 petang kelmarin namun siasatan lanjut akan terus dilakukan.



“Kami meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki suspek terakhir yang berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Pada 10 Mei lalu, Harian Metro melaporkan enam daripada lapan penculik termasuk seorang wanita berusia antara 19 dan 40 tahun ditahan dan dua lagi dalang kes culik diburu polis.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment