Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Semakin ramai golongan muda di Jepun berfikir untuk bunuh diri

myMetro | Semakin ramai golongan muda di Jepun berfikir untuk bunuh diri:

TOKYO: Lebih satu per tiga golongan muda Jepun pernah berfikir untuk membunuh diri, kata satu kaji selidik diterbitkan semalam.
Laporan itu mendakwa, 28. 4 peratus responden berusia dalam lingkungan 20-an memikirkan idea itu, manakala 36.2 peratus pula mengaku mempertimbangkan untuk membunuh diri tahun lalu.

Menurut laporan disediakan Pejabat Kabinet Jepun itu, data dikumpul menunjukkan golongan muda negara berkenaan teragak-agak untuk mengadu masalah kepada orang lain, atau sukar mencari teman untuk berkongsi perasaan apabila berdepan kesukaran.
Keadaan itu disebabkan masalah hubungan yang semakin renggang.

“Golongan muda cenderung untuk menderita sendiri,” katanya.

Secara keseluruhan, 23.4 peratus daripada lebih 2,000 responden dewasa berkata, mereka memikirkan untuk membunuh diri.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan 4.3 peratus berbanding kaji selidik 2008.

Didiami 128 juta penduduk, Jepun antara negara paling tinggi mencatatkan kes membunuh diri. - AP

No comments:

Post a Comment