Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Sebahagian lagi wang tebusan Nayati ditemui

Berita Harian Online | Sebahagian lagi wang tebusan Nayati ditemui:
Suspek keenam kes culik budak ditahan di Banting 

KUALA LUMPUR: Polis menemui sebahagian lagi wang tunai dipercayai wang tebusan dibayar ibu bapa, Nayati Shamelin Moodliar, 12, kepada kumpulan yang melarikan anaknya susulan penahanan seorang lagi suspek di Banting, petang kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata Lee Phak Seng ditahan pada jam 1.15 petang kelmarin di pekan Banting, Selangor, selepas menyembunyikan diri ekoran pendedahan gambarnya kerana terbabit dalam kejadian penculikan Nayati bersama lima lagi rakannya, akhir bulan lalu.


Katanya, hasil siasatan lanjut ke atas Phak Seng, 24, yang juga suspek keenam berasal dari Taman Segar, di sini, polis yakin dapat memberkas suspek terakhir yang dipercayai kini berada di luar negara dalam masa terdekat. 

“Dengan penahanan antara dalang utama kes penculikan Nayati, kita percaya dapat membantu penyiasatan berhubung kedudukan suspek ketujuh, Jan Yin Jiang, 24, serta tarikh kepulangannya ke negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata, selain mendapatkan bantuan polis antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu mengesan suspek, polis juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan suspek kembali menggunakan identiti orang lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. 

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengumumkan kejayaan polis menahan empat lelaki dan seorang wanita, selain menemui semula sebahagian wang tunai daripada RM300,000 yang dibayar bagi membebaskan Nayati. 
Kanak-kanak terbabit dilarikan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya oleh dua individu tidak dikenali pada 27 April lalu. 

Beliau kemudian dikurung di sebuah rumah di Ipoh Perak selama enam hari, sebelum dibebaskan pada 3 Mei lalu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment