Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Polis tahan lelaki ada kaitan gangster Jepun



BANGKOK 12 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan gangster Jepun yang memperdagangkan wanita ke Jepun untuk tujuan pelacuran.
Mejar Jeneral Polis Chavalit Sawangpuech berkata, Jakrapan Watcharapin, 55, ditahan semalam atas tuduhan memperdagangkan manusia termasuk tiga wanita Thailand yang dipaksa untuk menjadi pelacur di Jepun.
Bagaimanapun, Jakrapan menafikan pertuduhan tersebut tetapi menyatakan syarikatnya ada membantu menyediakan visa kepada wanita terbabit. Dia berdepan dengan hukuman maksimum selama 20 tahun penjara. - AGENSI

No comments:

Post a Comment