Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Polis rampas pil syabu bernilai RM30 juta

myMetro | Polis rampas pil syabu bernilai RM30 juta:


BANGKOK: Polis merampas lebih sejuta butir pil methamphetamine atau syabu yang mempunyai harga pasaran lebih 300 juta baht (RM30 juta) dan menahan dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan banyak rangkaian dadah.
Ketua Polis Nasional, Priewpan Dumapong semalam berkata, Biro Pencegahan Dadah menerima laporan dua suspek dadah berada di sebuah rumah di Soi Navamin 111, Bangkok. 
Seorang daripada suspek itu, Channarong Chomboonruang, 26, memandu sebuah kereta meninggalkan rumah itu kira-kira jam 4 pagi kelmarin. Polis menahan dan menyiasat kenderaan itu.

Pemandunya ditahan setelah polis menemui 100,000 pil syabu di dalam sebuah beg galas warna hitam di dalam kereta itu.

Channarong dibawa ke rumah itu dan 920,000 pil syabu ditemui di bilik tidur di tingkat atas. Semua pil itu dibalut dalam paket plastik.

Suspek kedua, Wichit Phattaranonwongsa, 37, ditangkap di sebuah rumah di Nonthaburi dalam wilayah Bang Bua Thong setelah mendapat maklumat daripada Channarong.

Priewpan berkata, sebuah kereta jenis Honda Civic, wang tunai 1.4 juta baht (RM137,274), empat telefon bimbit, dan buku simpanan untuk 18 akaun, turut dirampas.

Kedua-dua suspek itu ditahan atas kesalahan memiliki dadah haram dan pengubahan wang haram, katanya.

Mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan lebih 100 rangkaian dadah.

Priewpan berkata, mereka membuka 20 akaun bank dan wang dipindahkan ke akaun itu daripada lebih 100 akaun.

Komander Biro Pencegahan Dadah, Leftenan Jeneral Chaiwat Chotima, berkata rumah itu digunakan sebagai gudang dan pusat pengedaran dadah yang diseludup dari utara. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment