Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Polis jamin siasatan secara adil

Kosmo! Online - Negara:


IMBAS kembali. Arif Kartono yang cedera ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung insiden beberapa individu termasuk petugas media yang dikasari dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Ismail berkata, beliau mengambil berat terhadap insiden yang berlaku dan akan menjalankan siasatan secara terbuka demi keadilan semua pihak.
“Kita akan kenal pasti apa yang berlaku (pada hari tersebut) dan akan pastikan siasatan yang adil dijalankan.
“Kita juga menerima laporan daripada polis, orang awam dan media berhubung kejadian (dikasari) itu. Saya memberi jaminan akan menyiasat semua laporan secara telus dan terbuka tanpa mengira latar belakang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Media di Bukit Aman di sini semalam.
Sehubungan itu, Ismail meminta masyarakat supaya memberi ruang kepada polis untuk menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

No comments:

Post a Comment