Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Penjara sehari, denda RM15,000 terima rasuah

Berita Harian Online | Penjara sehari, denda RM15,000 terima rasuah:

Pembantu tadbir akui diberi RM3,000 selesai saman

KUANTAN: Seorang pembantu tadbir undang-undang Mahkamah Rompin dihukum penjara sehari dan denda RM15,000 oleh mahkamah sesyen semalam, selepas mengaku bersalah menerima rasuah daripada wakil syarikat pengangkutan bagi menyelesaikan dua kes saman pada 2010. 

Hakim Fathiyah Idris turut memerintahkan tertuduh, Mohd Firdaus Zakaria, 29, dipenjara 15 bulan lagi, jika gagal menjelaskan denda terbabit.
Mohd Firdaus yang bertugas kaunter Mahkamah Majistret Rompin dituduh menerima rasuah wang tunai RM3,000 daripada seorang wakil syarikat pengangkutan, Idarus Awang Denan bagi membantu menyelesaikan dua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak dibawa ke mahkamah terbuka, jam 9.30 pagi, 9 Jun 2010.
Mohd Firdaus didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum mengikut seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau mana lebih tinggi. 

Dalam prosiding semalam, Mohammad Hisham Abdul Rahim ketika mengemukakan rayuan meringankan hukuman memberitahu mahkamah, anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya pada masa depan. 

Mohammad Hisham juga merayu supaya jumlah denda yang dikenakan dapat dikurangkan kerana tertuduh mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia satu setengah tahun serta akan kehilangan pekerjaan atas perbuatan itu.

No comments:

Post a Comment