Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Penduduk Filipina anjur protes



Penduduk Filipina membawa sepanduk mengecam Beijing semasa mengadakan tunjuk perasaan anti-China di hadapan Kedutaan China di Manila, semalam. - AFP
MANILA 11 Mei - Beratus-ratus penduduk Filipina mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Kedutaan China, di sini hari ini bagi membantah berhubung pertikaian wilayah maritim yang berlarutan antara kedua-dua negara di Laut China Selatan.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan Filipina dan menuduh pentadbir China sebagai 'pembuli angkuh' serta mendesak negara itu menjauhkan kapal-kapal mereka dari kawasan pertikaian di pulau kecil, Scarborough Shoal.
"Tunjuk perasaan ini ditujukan terhadap sikap angkuh Beijing, yang bertindak seolah-olah itu (Scarborough Shoal) hak mereka, termasuk wilayah maritim lain di kawasan itu yang menjadi milik jiran-jiran mereka," kata penganjur tunjuk perasaan, Loida Nicholas Lewis.
Kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "China, berhenti membuli Filipina," "Kami mahu damai bukan perang" dan "China, berhenti menceroboh perairan Filipina."
Penunjuk perasaan mendakwa, tindakan China dalam isu Scarborough Shoal memberi isyarat kepada negara Asia mendedahkan sikap sebenar China terhadap negara-negara jirannya.
"Kami hanya mahu komuniti antarabangsa faham bahawa jika hari ini mereka boleh melakukan ini kepada Filipina, mereka juga akan melakukan perkara yang sama kepada negara-negara yang mengemukakan tuntutan bertindih dengan China," kata penganjur bersama tunjuk perasaan, Jackson Gan.
Ketegangan antara China dan Filipina dilihat semakin memuncak apabila pihak berkuasa negara ini mengesan lapan bot nelayan China berada di perairan Scarborough Shoal pada 8 April lalu.
Semalam, kerajaan China memberi amaran rakyatnya tidak selamat berada di Filipina, manakala media rasmi negara itu turut melaporkan kemungkinan berlakunya perang antara kedua-dua negara. - AFP

No comments:

Post a Comment