Search This Blog

Sunday, May 27, 2012

Mati terkejut lihat anak terbakar

Mati terkejut lihat anak terbakar
Anak perempuan sulung mangsa, Hui Tan sempat memberi penghormatan terakhir, semalam
IPOH – Seorang warga emas mati akibat terkejut apabila menyaksikan api marak membakar tubuh dan meragut nyawa anak lelakinya dalam kejadian ngeri di Kampung Cina Bagan Selatan, Ipoh.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Tan Chun Hock, 48, seorang penjual ikan maut apabila seluruh tubuhnya rentung akibat terbakar.

Menurut sumber, mangsa mencurahkan minyak petrol sebelum membakar tubuhnya sendiri menggunakan colok besar di hadapan rumahnya sendiri.

Tragedi itu disaksikan bapa mangsa, Tan Bak Lee, 78, menyebabkan warga emas itu rebah akibat terkejut dengan kejadian tidak disangka-sangka itu.

Bak Lee yang pengsan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar. Anak perempuan sulung Chun Hock, Tan Hui Tian, 19, ketika ditemui amat terkejut dengan tindakan bapanya itu sehingga menyebabkan keluarga itu kehilangan dua ahli keluarga yang disayangi.

Hui Tian yang mempunyai empat adik beradik yang lain berkata, sebelum ini mereka sekeluarga sentiasa hidup dalam keadaan gembira walaupun mengetahui bapanya mempunyai masalah kewangan.

“Setahu saya, bapa tidak pernah mengadu mempunyai masalah dengan rakan-rakannya malah tidak mempunyai musuh mahupun berhutang dengan ah long.

“Disebabkan kejadian tersebut, saya menjadi bingung dan trauma apabila bapa dan datuk meninggal dunia sekali gus pada hari yang sama,” katanya.

Katanya, dia dan adiknya terpaksa berhenti sekolah untuk membantu bapanya menjual ikan bagi menampung perbelanjaan persekolahan tiga adiknya yang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Kerian Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata, setakat ini siasatan awal polis mendapati kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian menemui colok besar sepanjang 1.5 meter yang masih menyala tidak jauh dari tempat mayat terbakar.

"Bau dan kesan minyak petrol turut ditemui namun tiada tanda pergelutan dan pergaduhan berlaku dalam kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta menghubungi Ketua Balai Polis Tanjung Piandang, Sub Inspektor Romlee Mohd Noor menerusi 05-7256722 bagi membantu siasatan,” kiatanya.

No comments:

Post a Comment