Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Lelaki ugut bunuh PM NZ dipenjara 13 bulan

myMetro | Lelaki ugut bunuh PM NZ dipenjara 13 bulan:


WELLINGTON: Seorang lelaki yang mengancam membunuh Perdana Menteri New Zealand, John Key dengan meletupkan bom ketika pemimpin itu makan di sebuah restoran, dipenjara 13 bulan, semalam.


Menurut laporan media, Keith William Mabey, 22, yang menghidap penyakit kecelaruan mental memberitahu psikologis, dia terbayang untuk membunuh Key sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2009.



Mabey berkata, dia tahu restoran tempat Key dan isteri makan setiap Khams dan merancang untuk memasuki restoran berkenaan dan meletupkan perdana menteri itu.




Dia berkata, dia melakukan kajian mengenai pembikinan bom menerusi Internet dan berjaya melakukan ujian menggunakan bahan peledak dan peletup.



Pada hari penjatuhan hukuman semalam, peguam Mabey berkata, lelaki itu kini mengambil ubat mengawal perasaan dan merayu untuk dikenakan tahanan rumah.



Bagaimanapun, Hakim Les Atkins berkata, hukuman penjara adalah paling sesuai.








Mabey dipenjara empat bulan kerana mengancam membunuh Key dan sembilan bulan lagi atas tuduhan lain, termasuk mengancam temannya, menyerang dan memandu secara berbahaya, lapor Radio New Zealand. - Agensi


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment