Search This Blog

Sunday, May 27, 2012

Lelaki mengamuk tembak mati dua remaja Finland

HYVINKAA - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari atas bumbung sebuah rumah di bandar selatan Finland mengakibatkan dua maut dan tujuh lain cedera.

Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dan tidak memiliki sebarang lesen memiliki senjata yang disyaki melepaskan tembakandi Hynvinkaa,50 kilometer ke utara Helsinki.

Menurut pihak polis, seorang lelaki dan wanita berusia 18 tahun terbunuh dalam kejadian tersebut manakala seorang pegawai polis cedera.

Mereka yang cedera dilaporkan parah dan terpaksa dibawa ke Helsinki bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki melepaskan tembakan berani di hadapan orang ramai awal pagi kejadian dilaporkan berlaku.

Lelaki yang mengamuk itu menggunakan senapang dan melarikan diri sejurus kejadian itu.

Saksi kejadian berkata,kejadian panik tersebut berlaku ketika mereka berada di dalam bar selama sejam sebelum pihak polis mengenal pasti lokasi kejadian.

Ketua Detektif, Inspektor Markku Tuominen berkata, suspek berjaya ditangkap beberapa jam kemudian dan tidak ditawarkan ikat jamin.

“Lelaki itu mempunyai dua senjata termasuk senapang untuk berburu,” katanya.

Pihak polis juga tidak mengulas mengenai sebarang motif kejadian tersebut.

Finland merupakan negara yang tertinggi memiliki senjata api di Eropah.
Bagaimanapun, pihak kerajaan mengetatkan peraturan sejak apabila berlaku satu siri tembakan Jun lalu.

No comments:

Post a Comment