Search This Blog

Sunday, May 20, 2012

Kes penipuan perkhidmatan catat kes aduan tertinggi

Kosmo! Online - Negara:


KUCHING - Kes penipuan perkhidmatan mencatatkan aduan tertinggi dengan 2,417 kes daripada 11,271 kes kepenggunaan yang dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dua lagi kes turut menerima banyak aduan ialah kes penipuan harga sebanyak 1,617 kes dan penyelewengan jualan langsung pula 731 kes.
"Biasanya kes-kes penipuan perkhidmatan melibatkan aduan terhadap produk kecantikan dan untuk melangsingkan badan selain kes penipuan harga terhadap barang tiruan serta kes peraduan gores dan menang yang menggunakan lesen jualan langsung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan peringkat negeri Sarawak di sini semalam.
Beliau memberitahu, Selangor mencatatkan aduan kes kepenggunaan tertinggi dengan 2,417 kes manakala yang terendah, Labuan dengan 44 kes, katanya.
Bagi tempoh Januari hingga 30 April tahun ini pula, beliau berkata, sebanyak 3,604 kes dilaporkan kepada kementerian dengan kes penipuan perkhidmatan masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,275 kes diikuti penipuan harga (488) dan jualan langsung (238).

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment