Search This Blog

Saturday, May 12, 2012

Ibu, bayi enam bulan maut kemalangan

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

KUANTAN 12 Mei - Dua beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan terbunuh manakala nenek bayi itu cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas di jalan tanah merah di Ladang Sungai Murung, dekat Jalan Bukit Ibam-Rompin semalam.

Asia Puteh, 24, dan bayinya, Aril Shah Roslan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 4.50 petang itu kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Cemupuk dekat Kedaik, Sungai Rompin.

"Sampai tempat kejadian, kenderaan yang dipandu ibu kepada Asia, Maiki Lekong, 61, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh tebing di sebelah kanan jalan.

"Akibat rempuhan kuat itu, kenderaan yang dinaiki mangsa terbalik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment