Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Derita setahun dikurung

myMetro | Derita setahun dikurung: "KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bukan saja dikurung sejak setahun lalu, malah turut dipukul dengan tali pinggang dan kayu oleh bapanya sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan badan.

Penderitaan kanak-kanak itu yang didera di sebuah rumah di Taman Desa, di sini, berakhir kelmarin apabila sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat daripada penduduk.

Sumber berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, laporan polis mengenai penderaan ke atas kanak-kanak itu dibuat wakil penduduk di kawasan berkenaan yang sudah beberapa kali menegur dan memberi peringatan kepada bapa mangsa supaya menghentikan perlakuannya yang tidak bertimbang rasa itu.


“Mangsa tinggal bersama suspek selepas lelaki itu berpisah dengan isterinya lebih dua tahun lalu. Suspek mendiami rumah berkenaan sejak setahun lalu bersama beberapa rakannya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment