Search This Blog

Thursday, May 3, 2012

Cuba bunuh diri lepas ditangkap bawa dadah

myMetro | Cuba bunuh diri lepas ditangkap bawa dadah: "BANGKOK: Seorang lelaki yang ditangkap memiliki 31,000 butir pil methamphetamine di dalam kereta api, cuba membunuh diri.

Payuha Thinkhiri, 26, dari Nakhon Si Thammarat di wilayah Phipun, diperiksa oleh polis yang mengesyaki sesuatu kerana dia memakai jaket tebal sedangkan cuaca agak panas, di dalam gerabak kereta api ekspres Chiang Mai-Bangkok di antara stesen Khun Tan dan Mae Tan Noi di wilayah Lampang, malam kelmarin.
Polis menemui 31,000 butir dadah itu yang disembunyi dalam jaket itu.

Lelaki itu meminta untuk pergi ke bilik air dan terus menikam perutnya dua kali untuk membunuh diri. - Bangkok Post"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment