Search This Blog

Sunday, April 15, 2012

Tukang urut terkedu lepas diserbu

CHERAS: Pusat urut khusus untuk lelaki yang disyaki menawarkan perkhidmatan urutan bogel serta badan ke badan di sini, diserbu sepasukan anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, malam kelmarin.
Serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai kira-kira jam 9 malam dan ketika serbuan, 16 lelaki termasuk seorang wanita warga asing, dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, 15 lelaki yang ditahan adalah pekerja pusat urut itu, manakala wanita terbabit adalah tukang cuci yang juga penjaga pusat urut di bangunan tiga tingkat itu.

“Mereka yang ditahan berusia 27 hingga 40 tahun dan akan menjalani ujian air kencing sebelum tindakan susulan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan diketuai Inspektor Zaili Zakaria itu, lima pelanggan lelaki berada dalam premis terbabit dan mereka didapati berurusan untuk memilih tukang urut lelaki yang dikehendaki, menyebabkan semua terkedu.

“Mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan amaran,” katanya.




Sementara itu, beberapa lelaki yang ingin mendapatkan khidmat urut di pusat terbabit terpaksa melupakan hasrat mereka sebaik menyedari premis itu diserbu.

Wartawan Metro Ahad yang menyertai operasi turut dimaklumkan, pusat berkenaan mempunyai lesen menjalankan kegiatan urutan badan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan serbuan itu yang kedua sepanjang tahun ini.

“Polis tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak dan sentiasa memandang serius kegiatan maksiat serta akan menjalankan serbuan dari semasa ke semasa jika mempunyai maklumat,” katanya.

1 comment:

  1. tipu la ...sekarang masih bussiness lancar .. contoh freshm2m.com dbkl robohkan premis tapi melacur besar besaran warisancity view atas kedai astro........... polis makan wang la ........too bad rasuah

    ReplyDelete