Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

Polis tahan lelaki miliki pistol, dipercayai untuk peras ugut


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kegiatan peras ugut, di Jalan Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai jurujual DVD itu juga dipercayai anggota kongsi gelap yang aktif di kawasan Farlim, Bandar Baharu.
Lelaki terbabit ditahan dalam satu operasi pada jam 1.30 pagi tadi di tempat letak kereta flat Wisma Lam Hong.

Susulan penangkapan itu, polis dibawa ke rumahnya dan menemui sepucuk pistol jenis Glock dan dua kelopak beserta 10 butir peluru .38 dan 17 butir 9mm di dalam beg pakaian di bilik tidurnya, katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya polis turut merampas sebilah parang dan sepasang gari.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api penalti lebih berat 1971 yang boleh membawa hukuman 14 tahun penjara dan disebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment