Search This Blog

Tuesday, April 17, 2012

Penjual jagung terlepas hukuman mati

Penjual jagung terlepas hukuman mati - Sinar Harian:

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang penjual jagung daripada hukuman mati atas tuduhan membunuh dua tahun lepas kerana didapati tidak waras ketika melakukan perbuatan itu.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan tidak dapat mencabar kenyataan saksi iaitu pakar psikiatri Dr C. Prem Kumar yang mengesahkan tertuduh menghidap penyakit psikotik dikenali sebagai gangguan dilusi iaitu sejenis gangguan pemikiran dan tingkah laku.
 
Zamil Ahmad, 38, dituduh membunuh Mohd Afzanizam Abdul Rahim, 35, dengan menggunakan sebilah parang antara pukul 3 pagi dan 3.40 pagi di hadapan sebuah pondok di Kampung Tok Elong Bukit Mertajam pada 14 Jan 2010.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Dalam prosiding hari ini, Mohd Amin Firdaus turut memerintahkan tertuduh ditahan di penjara sebelum dihantar ke hospital sakit jiwa sehingga mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.
 
"Mahkamah berpendapat tertuduh berada dalam keadaan tidak waras dan tidak mengetahui akibat daripada perbuatannya itu," katanya.
 
Zamil dibebaskan daripada tuduhan membunuh seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah apabila seorang itu didapati tidak waras ketika melakukan kesalahan membunuh.
 
Tertuduh yang memakai t-shirt hitam hanya termenung ketika keputusan dibacakan.
 
Dia diwakili peguam S. Anthonysamy manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amril Johari.- Bernama

'via Blog this'

1 comment:

  1. bukti semua cukup
    rasuah banyak bagi
    peguam india putar belit
    akhirnya mangsa mati sia2
    takziah dari kawan2 dan semua yg kenali mangsa..

    tunggu balasan

    ReplyDelete