Search This Blog

Tuesday, April 17, 2012

myMetro | Kelar janda enggan rujuk

myMetro | Kelar janda enggan rujuk: "GEORGETOWN: Hanya kerana enggan berbaik dengan bekas suaminya, seorang wanita menerima 15 jahitan di leher selepas dikelar dengan pisau oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Khamis lalu, mangsa yang berusia 28 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas polis menerima maklumat daripada penghuni rumah di kawasan berkenaan yang melihatnya dalam keadaan berlumuran darah.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertemu dengan bekas suaminya di sebuah restoran makanan segera berhampiran rumahnya untuk berbincang mengenai perhubungan mereka.

“Bagaimanapun, sejurus sampai mangsa ditampar bekas suaminya itu membuatkannya terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apa yang berlaku.


“Mangsa kemudian bertanya mengapa dia ditampar dan lelaki terbabit memberitahu dia berang kerana mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment