Search This Blog

Tuesday, April 17, 2012

Guna ‘benda’ untuk kedudukan haram

myMetro | Guna ‘benda’ untuk kedudukan haram:

KUALA LUMPUR: Keghairahan segelintir ahli politik veteran mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa menerusi amalan khurafat setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), bukan baru sebaliknya boleh dianggap peristiwa berulang yang berlaku setiap kali PRU.
Pakar agama dan penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, menjadikan benda (azimat, wafak, cincin, tangkal atau amalan bacaan mentera) di luar hukum Islam, tetap haram dan syirik. “Walaupun cebisan kelambu Kaabah atau kiswah itu bersih, namun jika dipuja ia tetap salah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai segelintir ahli politik veteran yang sanggup menggadai akidah dengan melakukan perkara khurafat mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu semata-mata untuk meraih perhatian menjelang PRU.
Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang PRU ke-13 semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang dikatakan mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Menurut Hassan, tiada nas, hadis mahupun pendapat dari ulama menyebut tentang kelebihan cebisan kiswah yang disimpan atau dipuja melainkan tetap syirik.

“Dalam isu ini, ahli politik sepatutnya bersikap matang. Mereka kena yakin kalau betul mereka hebat, berkepimpinan, banyak kelebihan, pasti akan berjaya.
“Paling penting, untuk menjadi pemimpin, mereka perlu berani melalui pelbagai ujian. Jangan bila sampai masa PRU, mereka cari benda bercanggah untuk digunakan sebagai perantara kerana itu jelas syirik,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment