Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Tiga beradik cedera terjun balkoni

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:











RUMAH teres dua tingkat milik Johar Che Din yang dimasuki perompak di Taman Nirwana, Ampang, semalam. Gambar kecil: Seorang kenalan rapat keluarga mangsa melihat keadaan tingkap yang dipecah di bahagian ruang tamu rumah itu.





KUALA LUMPUR 16 Mac - Tiga beradik perempuan yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din cedera setelah bertindak nekad terjun dari balkoni sebuah rumah teres dua tingkat kerana panik selepas kediaman itu dipecah masuk perompak awal pagi ini.


Dalam kejadian pukul 5 pagi di Jalan Nirwana 14, Taman Nirwana di Ampang di sini, ketiga-tiga mangsa, Nurul Adawiyah Nik Osman, 21; Nurul Athirah, 19, dan Nurul Aishah, 18, retak di kepala dan patah kaki.


Kesemuanya dikatakan panik selepas terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi kaca pecah di tingkat bawah rumah itu.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment