Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Protes naik harga bahan api

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Polis Indonesia bergelut dengan penunjuk perasaan ketika protes membantah rancangan kerajaan menaikkan harga minyak di Jakarta, semalam. - AFP


JAKARTA 16 Mac - Beberapa kumpulan mahasiswa Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara ini hari ini, sebagai bantahan rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak subsidi sebanyak 33 peratus pada April ini.
Dalam bantahan di Bogor, pihak polis menahan beberapa mahasiswa apabila kumpulan terbabit bertindak melempar tomato ke arah Istana Presiden.
Di Solo pula, kumpulan mahasiswa mengadakan perarakan panjang di sepanjang bandar itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku.
Sementara itu di Denpasar, mahasiswa turut mengadakan persembahan teater, menggambarkan sikap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang tidak mendengar rintihan rakyat negara ini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment