Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Peneroka syak ada sindiket

Peneroka syak ada sindiket - Pahang - Sinar Harian:

Peneroka syak ada sindiket


MARAN - Beberapa pene­roka Felda dekat sini ­mengesyaki terdapat sindiket penipuan dan mencuri hasil sawit berdasarkan intipan yang dilakukan mereka.


Seorang peneroka Felda Jengka 4, Romli Ismail, 46, berkata, sindiket yang didakwa itu membabitkan sawit muda di pusat pengumpulan dan sebuah kilang memproses buah tandan segar.


Menurutnya, pada 14 Mac lepas, dia menerima maklumat mengenai aktiviti memproses sawit muda di pusat pengumpulan sawit di Felda Jengka 4.


“Pada jam 6 petang, saya bersama dua rakan ke lokasi tersebut dan melakukan intipan bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.


“Kami dapati sebuah jengkaut memunggah sawit muda dari satu longgokan yang dianggarkan seberat 15 tan metrik ke sebuah lori,” katanya.


Dia berkata, mereka ­mengekori lori tersebut s­ehingga ke sebuah kilang memproses di Felda Jengka 3.


Sementara itu, rakannya, Mohamad Razali Ithnain, 50, berkata, mereka dapati lori itu masuk ke jambatan timbang dan terus naik ke ram.


Menurutnya, ia sekali gus membuktikan sawit muda yang dihantar peneroka tidak dilupus sebaliknya diproses.


“Terdahulu, penghantaran kelapa sawit saya ke pusat pengumpulan itu ditahan kerana sawit muda sebanyak lima hingga 10 tandan.


“Berdasarkan tiket timbang, tahanan tersebut seberat 300 kilogram dan dimaklumkan untuk dilupuskan kerana sawit muda,” katanya.


Razali berkata, apa yang berlaku adalah sebaliknya maka kami berharap supaya perkara ini disiasat,” katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment