Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Pelajar sakit perut minum susu percuma

Kosmo! Online - Negara:



SEBAHAGIAN pelajar yang mengalami keracunan selepas didakwa meminum susu soya dirawat di Hospital Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 66 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Bayan Lepas, di sini mengalami sakit perut dan muntah selepas didakwa meminum susu soya yang diedarkan secara percuma di sekolah itu semalam.
Mereka antara 481 pelajar tahun empat hingga enam yang terlibat dalam program edaran susu percuma anjuran sebuah syarikat pengeluar susu soya tempatan di dewan sekolah berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.
Ia merupakan program kedua bagi mempromosikan susu soya keluaran syarikat terbabit selepas SK Bandar Perda, Seberang Perai Tengah (SPT) kelmarin.
Kesemua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) serta klinik kesihatan di Bayan Baru dan Bayan Lepas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, susu soya kotak itu diberikan bersama satu cenderamata berupa magnet kepada pelajar-pelajar terbabit dan kebanyakan pelajar terus meminumnya sebaik diedarkan.
Seorang pelajar, Qayyum Roslan, 12, berkata, dia mula berasa sakit perut selepas setengah jam meminum susu itu manakala dua rakannya muntah sebelum segera mengadu kepada guru kelas masing-masing.
"Saya ingatkan kami sahaja yang sakit tetapi ramai lagi rakan-rakan di kelas lain mengadu perkara yang sama.
"Malah, suasana di sekolah menjadi kecoh apabila ada pelajar perempuan dilihat menangis teresak-esak disebabkan tidak tahan sakit," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolah terbabit semalam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment