Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Pelajar maut selepas melambung

Pelajar maut selepas melambung - Pahang - Sinar Harian:

Pelajar maut selepas melambung


KUANTAN - Seorang pelajar maut apabila motosikal yang diboncengnya melambung selepas melanggar belakang sebuah kereta pacuan empat roda di Kilometer (KM) 76.5 Jalan Besar Kuala Terla, Cameron Highlands.


Mangsa, Gurwinder Singh, 14 mati di tempat kejadian manakala rakannya yang juga penunggang motosikal itu cedera parah iaitu patah kaki kanan dan dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk menerima rawatan.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.39 pagi di lokasi tersebut membabitkan tiga buah kenderaan iaitu jenis Toyota Hilux, Perodua Alza dan motosikal mangsa, Honda EX5.


Menurutnya, motosikal yang ditunggang rakan mangsa dipercayai mengekori rapat di kenderaan di hadapan dan tidak sempat mengelak selepas Toyota Hilux di hadapannya telah memperlahankan kenderaannya.


“Pemandu Hilux itu berhenti kerana sebuah kenderaan di hadapannya telah membuat pusingan U menyebabkan motosikal yang dibonceng mangsa melanggar belakang belakang kanan Hilux terbabit dan melanggar pula Alza.


“Namun pemandu kedua-dua kenderaan itu selamat dan tidak cedera akibat kemalangan tersebut,” katanya.


Menurutnya, rakan mangsa memiliki lesen memandu dan ketika kejadian, kedua-duanya memakai topi keledar.


“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


'via Blog this'

1 comment:

  1. alfatihah..sebaya anak saya. seeloknya jgn rapat mengekor kenderaan. sgt bahaya.. kesiannya

    ReplyDelete