Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Nana boleh didakwa tipu jika saksi tampil

Berita Harian Online | Nana boleh didakwa tipu jika saksi tampil:
SHAH ALAM: Nazatul Fadiyana Mohd Izwan, 14, remaja perempuan yang berbohong kononnya dia dan lima rakannya diculik sindiket dari Shah Alam ke Thailand, baru-baru ini, boleh didakwa kerana menipu jika terbukti pernah menggunakan surat palsu bagi mengutip derma. 

Bagaimanapun, tindakan itu hanya dapat dilakukan jika ada mangsa yang terpedaya membawa bukti dan membuat laporan rasmi mengenainya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Superintendan Ng Keok Chai, berkata menggunakan surat palsu seperti surat kutipan palsu untuk meminta wang bagi membina bangunan rumah ibadah yang tidak wujud adalah kesalahan menipu yang boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Kesalahan boleh dilihat menerusi representasi salah dengan menggunakan surat palsu misalnya mengutip derma membina masjid sedangkan ia tidak wujud, sebaliknya bertujuan menipu orang ramai. 

“Bagi kesalahan ini, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika ada mangsa tampil dan membuat laporan polis mengenainya. 

“Jika benar ada mangsa tertipu, mereka perlu membuat laporan bagi membuktikan kebenaran dan polis akan menyiasat,” katanya di sini, semalam. 

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan risalah kesedaran bagi mengelak orang ramai terjebak dalam jerat jenayah komersial di beberapa kompleks beli-belah di sini, semalam. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak tertentu pernah terpedaya memberi wang kepada Nazatul Fadiyana atau dikenali Nana berdasarkan surat derma palsu yang ditunjukkannya sebelum ini. 

Malah, Keok Chai turut mengesahkan, setakat ini dua kes hampir sama pernah disiasat pihaknya di Kuala Selangor membabitkan beberapa warga Myanmar menggunakan surat kutipan derma palsu membina masjid bertujuan mengutip wang dengan niat menipu.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment