Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Misteri askar dibunuh

myMetro | Misteri askar dibunuh:TOULOUSE: Polis semalam memperluaskan siasatan kes pembunuhan dua tenteranya yang ditembak berhampiran mesin bank di Montauban, selatan Perancis.

Jurucakap polis berkata, siasatan kini turut membabitkan unit antipengganas dan pakar pembunuh bersiri.



Sumber polis berkata, pihak berkuasa ini melihat kepada beberapa kemungkinan dan giat mencari penyerang serta mengenal pasti di sebalik serangan berkenaan.




Dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah tiga anggota tentera ketika mereka berada berhampiran mesin automatik sebuah bank.



Serangan itu menyebabkan dua daripada mereka maut, manakala seorang lagi cedera. Insiden itu berlaku tidak jauh dari berek mereka ditempatkan.



Empat hari sebelum itu, seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembahan dan membunuh seorang anggota tentera di Toulouse, kira-kira 50 kilometer dari Montauban. Pegawai perundangan berkata, polis percaya senjata sama digunakan dalam kedua-dua serangan itu. Pegawai polis di Montauban berkata, penyiasat mengesyaki wujudnya kaitan antara kedua-dua insiden tembakan itu. Sementara itu, media Perancis hangat mendedahkan pelbagai spekulasi dan teori di sebalik serangan berkenaan. Menurut media, ketiga-tiga anggota tentera yang menjadi sasaran tembakan kelmarin pernah berkhidmat dalam pasukan tentera di Afghanistan. Sementara itu, Perancis mengeluarkan arahan melarang tenteranya yang bertugas di barat daya negara itu meninggalkan berek dengan pakaian seragam.




Jurucakap tentera berkata, amaran itu dikeluarkan sebagai langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kemungkinan serangan seumpama itu berulang. - AFP


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment