Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Militan Malaysia masih hidup - Polis

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 16 Mac - Seorang militan warga Malaysia yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS) dipercayai masih hidup walaupun dia dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang memetik sumber risikan berkata, pihaknya percaya suspek, Zulkifli Abdul Hir, yang turut dikenali sebagai Marwan, masih hidup.
"Zulkifli dipercayai mengalami cedera teruk dan bersembunyi di pulau Jolo, selatan Filipina," katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut.
Bulan lalu, tentera Filipina melaporkan tiga pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara terbunuh dalam serangan udara di pulau Jolo.
Pihak tentera berkata, antara yang terbunuh termasuk Zulkifli, yang merupakan seorang jurutera di AS dan disyaki menyediakan bom buatan sendiri kepada kumpulan pengganas di rantau ini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment