Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Makmal proses heroin diserbu

Utusan Malaysia Online - Jenayah:




POLIS mengawal dua daripada tiga suspek yang ditahan reman kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti memproses dadah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.



BUKIT MERTAJAM 16 Mac - Polis berjaya membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis heroin selepas menyerbu sebuah rumah teres setingkat di Taman Budiman dekat sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 6.15 petang itu, polis menahan tiga lelaki berusia 34, 47 dan 58 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Polis turut menemui sejumlah dadah jenis heroin yang telah dan belum diproses, peralatan memproses dadah dan beberapa bahan kimia termasuk asid hidroklorik yang digunakan untuk menghasilkan dadah tersebut.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan makmal serta tangkapan dan rampasan yang dibuat, tetapi enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment