Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Farid Amirul

Berita Harian Online | Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Farid Amirul:
PUTRAJAYA: Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu. 

Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K N Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya.
Hakim Abdul Malik berkata, tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buku dari rak buku di stor itu.
Beliau juga berkata, identiti buku di mana Farid Amirul dituduh mencurinya juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikannya kepada penyelia kedai buku itu.

Hakim itu berkata, tidak terdapat tanda pada buku oleh pegawai penyiasat yang sebelum itu menerima buku itu dari pengawal dalaman yang menahan Farid Amirul. 

"Berdasarkan alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid Amirul yang ketika itu kelihatan menangis. - BERNAMA
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment