Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Lima rakyat Papua dipenjara kibarkan bendera puak pemisah

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Empat daripada rakyat Papua yang didakwa mengkhianati Indonesia, (dari kiri) Forkorus Yaboisembut, Edison Gladius Waromi, Dominikus Sorabut dan August Sananay semasa perbicaraan di Jayapura, pada 30 Januari lalu. - AFP


JAYAPURA, Indonesia 16 Mac - Lima lelaki Papua dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah Indonesia kerana mengibarkan bendera puak pemisah dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu.
Kelima-lima lelaki berkenaan mengetuai 'sambutan kemerdekaan' wilayah tersebut yang dihadiri 5,000 penduduk pada 19 Oktober lalu.
Hakim Jack L. Oktovianus berkata, kelima-lima defendan didapati bersalah kerana mengkhianat seperti yang dinyatakan dalam akta jenayah.
"Semua defendan dikenakan hukuman penjara tiga tahun,'' katanya.
Hukuman penjara maksimum untuk kesalahan mengkhianat adalah penjara seumur hidup, namun pendakwa raya hanya meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara selama lima tahun sahaja.
...
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment