Search This Blog

Friday, March 2, 2012

Lelaki Australia telan 70 kapsul heroin ditangkap

myMetro | Lelaki Australia telan 70 kapsul heroin ditangkap:BALI: Seorang lelaki Australia ditahan di Bali atas kesalahan menyeludup dadah dengan menelan 70 kapsul heroin.

Menurut jurucakap Pejabat Kementerian Luar di Canberra, semalam, lelaki yang berusia 54 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Denpasar dan pihak berkuasa Indonesia dikatakan akan mendakwanya atas kesalahan menyeludup dadah.

Jurucakap itu tidak memberikan butiran lebih lanjut.

“Pegawai Konsular di Bali sedang mencari jalan untuk memberi bantuan kepada lelaki itu,” katanya.


Rangkaian Televisyen Sembilan, melaporkan lelaki itu menelan 70 kapsul dadah yang tidak diketahui jenisnya.


Laporan media yang belum disahkan mengatakan ia dadah jenis heroin dan lelaki itu tiba dari Bangkok.

Ketua Kastam Lapangan Terbang Denpasar, Made Wijaya berkata, “Saya boleh mengesahkan seorang lelaki warga asing telah ditahan atas kesalahan dadah, tetapi saya tidak dapat memberi butiran lanjut kerana ia masih dalam siasatan.”

Dua warga Australia menanti hukuman mati di penjara Kerobokan di Bali, Indonesia, atas kesalahan dadah manakala beberapa lagi menjalani hukuman penjara yang panjang atas kesalahan sama.

Minggu lalu, keganasan berlaku di penjara itu apabila banduan merampas kawalan dari pihak berkuasa menyebabkan beberapa banduan warga asing terpaksa dipindahkan.

Yang terbaru, seorang warga Australia Graeme Pollock, 31 dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, Rabu lalu, kerana memiliki dadah jenis methamphetamine atau dikenali sebagai syabu. - Jakarta Post


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment